Wednesday, November 12, 2008

SEJARAH KEM JUBLI INTAN


NAMA KEM JUBLI INTAN
Nama Diamond Jubilee ini diambil sempena nama dari perayaan kerajaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar (1895-1955).

Keseluruhan daerah-daerah di dalam negeri Johor telah berjaya membina bangunan dengan nama 'DEWAN JUBLI INTAN'. Persekutuan Pengakap Negeri Johor Darul Takzim berjaya dengan binaam Kawasan Perkhemahan yang diberi nama "KEM JUBLI INTAN" atau "DIAMOND JUBILEE PARK".

LOKASI
Letaknya kira-kira 12 1/2 km dari bandar Batu Pahat menghala ke Jalan Benut, Pontian. Disebelah kanan jalan akan terpapar Papan nama "KEM JUBLI INTAN" beserta logo pengakap.

LUASNYA
Luas Kem Jubli Intan ini kira-kira 23 1/2 ekar, tetapi hanya digunakan untuk perkhemahan seluas 8 1/2 ekar sahaja. Kedudukan di peta : Lot 4399 (23.2.10)

JALAN MASUK
Terdapat 2 jalan untuk memasukki Kem DJI ini. Pertama, melalui satu jalan dari Papan Tanda Kem sejauh kira-kira 1 km. Kedua, melalui jalan ke arah Lapangan Terbang, belok arah kanan apabila menemui tanda anak panah menuju ke kawasan perkhemahan.

Penduduk di sini memanggil Kem Tanjong Laboh selain daripada nama Kem Jubli Intan atau Diamond Jubilee Park.

No comments: