Thursday, November 13, 2008

LOKASI JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR 2008

PUSAT URUSETIA AKTIVITI JAMBORI

Pusat Urusetia Aktiviti terletak di sebuah dewan terbuka. Bahagian aktiviti terbahagi dua:1. Aktiviti Lencana Jambori2. Aktiviti PertandinganJawatankuasa Aktiviti diketuai oleh encik Ishak Kodri.

Subkem di tapak jambori
Terdapat 6 subkem utama;

Subkem 1 - Endau Rompin
Subkem 2 - Tanjung Piai
Subkem 3 - Pulau Sibu
Subkem 4 - Kukup
Subkem 5 - Gunung Ledang
Subkem 6 - Desaru

Subkem 6 (Desaru) - Ketua Subkem : PPNJ Hj. Hamzah Taib


Subkem 5 (Gunung Ledang) - Ketua Subkem : PPNJ Hj. Sahak Haron



Subkem 4 (kukup) - Ketua Subkem : PPNJ Hj. Ibrahim Abdullah
Subkem 3 (Pulau Sibu) - Ketua Subkem : PPNJ Hj. Ramli Mat
Subkem 2 (Tanjung Piai) - Ketua Subkem : PPNJ Hj. A Rahman Johan
Subkem 1 (Endau Rompin) - Ketua Subkem : PPNJ En. Mukim Katimun

Kenapa Nama Tanjong Laboh ??


Mengambil sempena daripada sebuah bukit yang letaknya di tepi pantai dan benar-benar menganjur ke laut. (laboh ke laut :: dulu laboh = sekarang labuh).

Kawasan ini telah menjadi Lapangan Terbang dan di beri nama Lapangan Terbang Tanjong Laboh. lLapangan Terbang ini bersebelahan dengan Kem Tanjong Laboh.


Kem ini pernah menjadi Markas Tentera Jepun pada tahun 1942.


KEINDAHAN KEM


Tanah kem ini berpasir putih. Terdapat dua buah bekas lombong di kiri dan kanan kwasan kem ini. Ramai pengunjung memancing ikan di sana. Aktiviti berkenu, berakit dan water confident juga pernah dijalankan di lombong ini.


Wednesday, November 12, 2008

SEJARAH KEM JUBLI INTAN


NAMA KEM JUBLI INTAN
Nama Diamond Jubilee ini diambil sempena nama dari perayaan kerajaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar (1895-1955).

Keseluruhan daerah-daerah di dalam negeri Johor telah berjaya membina bangunan dengan nama 'DEWAN JUBLI INTAN'. Persekutuan Pengakap Negeri Johor Darul Takzim berjaya dengan binaam Kawasan Perkhemahan yang diberi nama "KEM JUBLI INTAN" atau "DIAMOND JUBILEE PARK".

LOKASI
Letaknya kira-kira 12 1/2 km dari bandar Batu Pahat menghala ke Jalan Benut, Pontian. Disebelah kanan jalan akan terpapar Papan nama "KEM JUBLI INTAN" beserta logo pengakap.

LUASNYA
Luas Kem Jubli Intan ini kira-kira 23 1/2 ekar, tetapi hanya digunakan untuk perkhemahan seluas 8 1/2 ekar sahaja. Kedudukan di peta : Lot 4399 (23.2.10)

JALAN MASUK
Terdapat 2 jalan untuk memasukki Kem DJI ini. Pertama, melalui satu jalan dari Papan Tanda Kem sejauh kira-kira 1 km. Kedua, melalui jalan ke arah Lapangan Terbang, belok arah kanan apabila menemui tanda anak panah menuju ke kawasan perkhemahan.

Penduduk di sini memanggil Kem Tanjong Laboh selain daripada nama Kem Jubli Intan atau Diamond Jubilee Park.

MENARA SEHINGGA 11 NOVEMBER 2008

Sayup menara ni dilihat dari bawah. kalau nak tahu berapa ketinggian menara setakat ini, you all nampak tak seorang budak kelana tgh berdiri di bawah. ketinggian kelana tu lebih kurang 1.7 meter. hang darab lah berkali-kali ganda... tinggi tu... yang mengikat tu pulak siap pakai tali keselamatan. mudah2an para kelana yg rajin2 belaka ini selamat sepanjang menjalankan tanggungjawab berat ni. Tahniah! Salam Gemilang!!